Ag Cera Marketing Plan

Bagi menyertai bisnes Ag Cera, terdapat 3 pakej yang ditawarkan oleh syarikat. 3 pakej tersebut adalah :

 

1. Pakej Basic (Agen) – Bernilai RM300. Anda akan mendapat 2 kotak (1 set) iaitu bersamaan 28 sachets. PV (Point Value) yang akan anda perolehi adalah sebanyak 75 PV. Bagi pakej ini, anda mempunyai masa selama 60 hari untuk UPGRADE ke pakej yang seterusnya dan lebih menguntungkan.

 

2. Pakej Premium (Mini Stokis) – Bernilai RM1200. Anda akan mendapat 8 kotak (4 set) iaitu bersamaan 112 sachets. PV (Point Value) yang akan anda perolehi adalah sebanyak 300 PV. Bagi pakej ini, anda mempunyai masa selama 120 hari untuk UPGRADE ke pakej yang seterusnya dan lebih menguntungkan.

 

3. Pakej Elite (Stokis) – Bernilai RM3600. Anda akan mendapat 24 kotak (12 set) dan paling best anda akan mendapat 1 kotak lagi Ag Cera (UNTUK AHLI AG CERA SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA) diberikan secara PERCUMA oleh HQ iaitu bersamaan 350 sachets jika anda mengambil terus pakej ini buat pertama kalinya. PV (Point Value) yang akan anda perolehi adalah sebanyak 900 PV. Tidak perlu UPGRADE lagi ke pakej yang lain sebab pakej ini merupakan pakej terbesar sekali.

 

Jika anda bersungguh-sungguh untuk menjalankan bisnes ini samada secara PART TIME atau FULL TIME dan ingin mendapat bonus-bonus menarik daripada syarikat, kami sarankan pilihlah Pakej Elite sebab berbaloi-baloi dan akan menikmati sehingga 8 peringkat bonus (tidak termasuk untung runcit).

BONUS DAN GANJARAN

AG Nutrition juga merupakan platform untuk ahli AG mencipta pendapatan sendiri dengan menguasai kesemua bonus yang ditawarkan. Bonus-bonus tersebut ialah : 

 

  • Direct Bonus 
  • Team Bonus 
  • Leadership Bonus
  • Shopping Mall
  • Maintenance Mall
  • Lifestyle Rewards (Hanya untuk Elite sahaja)
  • Leadership Rewards (Hanya untuk Elite sahaja)
  • Car Bonus Rewards (Hanya untuk Elite sahaja)

1. Direct Bonus (Real Time Pay Out - 30%)​

– Direct Bonus terjadi selepas anda daftarkan prospek dalam sistem sebagai ahli baru. Selesai sahaja pendaftaran ahli baru, Direct Bonus akan dimasukkan terus ke dalam Bonus Wallet (BW) anda (Real Time Pay Out).

 

– Jumlah bonus semuanya sama (RM90, RM360 dan RM1,080).

 

Real Case Study

 

Contoh, anda (Pakej Basic) daftarkan Ali (Pakej Basic) sebagai ahli baru. Bonus sebanyak RM90 ($22.50 AGP) akan dimasukkan dalam Bonus Wallet anda.

 

Pada hari yang sama juga, anda (Pakej Basic) daftarkan Ahmad (Pakej Basic) sebagai ahli baru. Bonus sebanyak RM90 ($22.50 AGP) akan dimasukkan dalam Bonus Wallet anda juga.

 

Jadi, jumlah bonus yang anda dapat setelah mendaftarkan 2 orang ahli baru ialah RM180. ROI yang akan anda perolehi adalah sebanyak 60%. Anda boleh keluarkan bonus PENAJAAN TERUS pada hari itu juga.

 

Tetapi jika anda (Pakej Basic) dan rakan perniagaan anda join (Premium), jumlah bonus yang anda perolehi akan dibahagi kepada dua iaitu Bonus Wallet (BW) dan Upgrade Wallet (UW). Anda tidak akan dapat bonus penuh tetapi hanya Bonus Wallet (BW) sahaja.

 

Bonus di Upgrade Wallet (UW) tidak akan diambil oleh syarikat tetapi Upgrade Wallet (UW) anda hanya boleh gunakan apabila ingin upgrade ke pakej yang lebih besar daripada Pakej Basic.

2. Team Bonus/Matching Bonus/Pairing Bonus

*Nota : 1 pair bersamaan dengan 75 PV dan RM45.

 

Bonus pasangan berlaku apabila adanya PV jualan kumpulan terkumpul daripada kumpulan kiri dan kanan.

 

Contohnya, anda mengambil PAKEJ BASIC. Ali (PAKEJ BASIC) diletakkan di kaki kiri anda dan Ahmad (PAKEJ BASIC) diletakkan di kaki kanan anda. Maka berlakulah satu kumpulan pasangan (PAIRING BESAR iaitu di Pairing 1) yang lengkap di kaki kiri dan kanan. Bonus untuk satu pasangan yang anda akan terima adalah RM45 (akan dimasukkan dalam Bonus Wallet anda keesokan harinya selepas jam 8 pagi).

 

Jumlah bonus yang akan anda terima hasil daripada mendaftar 2 rakan perniagaan (Pakej Basic) ditambah dengan bonus pasangan adalah RM225 (RM90+RM90+RM45) iaitu ROI bersamaan dengan 75%. Tinggi bukan ROI yang akan anda terima dengan hanya mendaftarkan 2 orang sahaja.

 

Masih lagi di PAKEJ BASIC, PAIRING KECIL iaitu pairing ke 2 akan dikira daripada pairing ke 2 sehinggalah pairing ke 25. Bonus pasangan yang akan anda perolehi pada hari tersebut adalah RM345 (maksimum), hasil daripada PAIRING KECIL iaitu RM45 ditambah dengan PAIRING BESAR iaitu RM300. Sekiranya pada hari tersebut anda mendapat bonus pasangan melebihi daripada yang sepatutnya iaitu RM2000, anda tidak akan mendapat bonus pasangan penuh. Sebaliknya bonus pasangan RM1655 akan FLUSHING ke syarikat, anda hanya layak mendapat RM345 sahaja disebabkan anda mengambil PAKEJ BASIC.

 

Bagi PAKEJ ELITE, tiada istilah FLUSHING.

3. Leadership Bonus​

Syarat untuk mendapatkan Leadership Bonus adalah anda mesti mempunyai direct sponsor dari mana-mana kumpulan kiri atau kanan. Level 1 adalah siapa yang anda direct sponsor. Level 2 anda pula adalah direct sponsor dari kumpulan Level 1 anda (boleh rujuk di Genealogy siapa level 1 anda dan seterusnya).

 

– Jumlah level yang anda peroleh tertakluk kepada pakej keahlian anda. Pakej Basic (3%) terhad sehingga dua (2) level sahaja, Pakej Premium (5%) hanya tiga (3) level dan Pakej Elite (15%) sebanyak enam (6) level. Bonus dibayar mengikut peratusan yang telah ditetapkan.

 

– Dalam AG Nutrition walaupun tiada pairing berlaku (hanya satu (1) kumpulan bergerak), anda tetap akan dapat bonus melalui Leadership Bonus ini, Direct Bonus, Shopping Mall dan Maintenance Mall.

 

Contoh. Jika anda (Pakej Elite) dan dibawah anda level 1 berpendapatan pairing harian sebanyak RM10,000, anda akan turut dapat menjana pendapatan harian sebanyak RM500 (RM10,000 x 5%). Itu baru seorang. Jika rangkaian di bawah anda setiap orang mempunyai pendapatan pairing harian yang sama iaitu RM10,000 sehingga level ke 6, anda akan menikmati pendapatan sehingga 4 angka setiap hari.

4. Shopping Mall

Mall merupakan platform untuk ahli AG membuat pembelian produk secara repeat order. Diingatkan sekali lagi supaya AGP anda dalam AG Wallet mencukupi sebelum anda melakukan sebarang pembelian di Mall. Security Pin juga akan digunakan untuk tujuan semua transaksi yang melibatkan AGP – Security Pin adalah seperti nombor pin akaun bank anda.

 

Sekiranya anda mengambil Pakej Elite, anda akan menikmati bonus sehingga level ke 5 dengan berjumlah 45%.

 

Contoh Rahman merupakan level pertama anda dan beliau telah membuat pembelian repeat order produk 4 kotak Ag Cera bernilai RM492, anda akan menikmati bonus shopping mall daripada pembelian Rahman sebanyak RM123. Sekiranya setiap rakan niaga sehingga level ke 5 membuat pembelian produk Ag Cera dengan nilai yang sama RM492, jumlah shopping mall bonus yang anda akan terima sehingga level ke 5 (45%) adalah RM221.40.

 

Shopping mall bonus akan dibayar kepada anda pada hari isnin setiap minggu oleh syarikat.

5. Maintenance Mall

Anda hanya perlu membeli satu (1) kotak AG Cera di Maintenance Mall (di bawah sub-menu Mall). Setiap satu (1) kotak AG Cera yang dibeli akan melanjutkan Maintenance Countdown anda selama 30 hari. Jika anda mengambil Pakej Elite, anda berpeluang menikmati Bonus Bulanan sehingga 10 level berjumlah 50%. Tapi dengan syarat 5 kaki kanan dan 5 kaki kiri di bawah rangkaian anda membuat pembelian maintenance 1 kotak setiap bulan. Mereka yang baru join dengan 60 hari percuma maintenance keahlian daripada hari pertama kemasukan tidak dikira.

 

Maintenance ibarat lesen untuk meneruskan perniagaan anda pada setiap bulan. Sekiranya anda tidak melakukan sebarang maintenance setiap bulan, anda tidak anda akan mendapat PV daripada setiap level di bawah anda. Kenapa PV ini penting? PV ini anda boleh gunakan di kaki kiri atau kanan anda apabila ada kemasukan ahli baru. Daripada PV ini anda akan mendapat bonus pasangan.

 

Maintenance Bonus akan dibayar pada setiap awal bulan oleh syarikat.

6. Lifesyle Rewards Bonus (Pakej Elite Sahaja)

Lifesyle Rewards Bonus hanya layak diberikan kepada yang mengambil Pakej Elite sahaja. Bonus tambahan ini bernilai 3%. Di bawah merupakan cara pengiraan Lifesyle Rewards Bonus.

 

  1. Anda (Pakej Elite) mendaftarkan rakan niaga (Pakej Basic), anda akan mendapat (RM300 x 3% = RM9)
  2. Anda (Pakej Elite) mendaftarkan rakan niaga (Pakej Premium), anda akan mendapat (RM1200 x 3% = RM36)
  3. Anda (Pakej Elite) mendaftarkan rakan niaga (Pakej Elite), anda akan mendapat (RM3600 x 3% = RM108)

 

Minimum PV untuk ditebus ialah 500 PV bersamaan RM2,000. Dengan Lifestyle Rewards ini, anda boleh memilih peralatan kesukaan anda seperti alat elektronik, jam tangan dan barang kemas. PV di lifestyle rewards tidak boleh ditukarkan kepada wang tunai.

7. Leadership Rewards (Pakej Elite Sahaja)

Leadership Rewards hanya dianugerahkan kepada yang telah mencapai Leadership Rank iaitu Rising Star (kelayakan pendapatan terkumpul sebanyak RM80,000), Director (kelayakan pendapatan terkumpul sebanyak RM200,000), Global Director (kelayakan pendapatan terkumpul sebanyak RM400,000) dan Ambassador (kelayakan pendapatan terkumpul sebanyak RM1,000,000). 

 

Pada masa yang sama syarikat akan memberikan ganjaran seperti tablet/e-device/jam tangan mewah/barang dan makan malam di hotel 5 bintang bersama 3 Founder Ag Cera secara percuma mengikut kelayakan Leadership Rank.

8. Car Bonus Rewards (Pakej Elite Sahaja)

Ini merupakan bonus yang dinanti-nantikan oleh setiap agen Ag Cera iaitu Car Bonus Rewards. 

 

Contoh, untuk mendapatkan pangkat Rising Star pendapatan terkumpul mestilah mencapai RM80,000 dengan pendapatan MINIMUM bulanan hendaklah sebanyak RM12,000. Jika pendapatan minimum bulanan RM12,0000 sentiasa konsisten, syarikat akan memberikan BONUS TAMBAHAN iaitu BONUS KERETA sebanyak RM600 secara PERCUMA. Jika 1 bulan tidak mencapai pendapatan MINIMUM RM12,000, syarikat tidak akan memberikan BONUS KERETA tadi.